30 January 2009

Wasiat Al-Banna Ke-3, Berusahalah Berbahasa Arab Dengan Fasih

Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Hasan al-Banna.
Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu? 

Berikut, kami paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran. 
Yusuf 
[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. 

Ar-Radu 
[37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini). 

An-Nahl 
[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata. 

Taha 
[113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka. 

Asy-Syu'araa' 
[195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. 

Az-Zumar 
[27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa. 

Fussilat 
[1] Haa, Miim [2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. 

Asy-Syuura 
[7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka. 

Az-Zukhruf 
[1] Haa, Miim. [2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. 

Al-Ahqaaf 
[12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orangorang yang berbuat kebaikan. 

Yusuf 
[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.




28 January 2009

Palestin: Pemerintah Mesir Didakwa Pengkhianat

SAANA, Yaman: Baru-baru ini sebuah pertubuhan pelajar telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut.

Latar belakang beliau yang berasal dari Palestin dan pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin yang selalu dijadikan tempat rujukan dalam isu-isu negara tersebut. Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ahmed Al-Bashy yang merupakan Ketua Bahagian Kajian dan Penyelidikan, 'Paletinian Return Community' (Wajeb) yang berpusat di Damsyik, Syria.

Dalam majlis itu, Dr Omar menjelaskan latar belakang peristiwa yang sedang berlaku di wilayah Gaza ketika ini. Enam bulan lalu, satu usaha gencatan senjata telah dilakukan dengan harapan tiada berlaku serangan di antara dua pihak. Antara syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5 peratus keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah.

Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya.

Dr Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beriya-iya menuntut Hamas menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu.

Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir.

Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan Hamas 'dipancung kepalanya'. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: "Kami tidak akan membiarkan Hamas mencapai kemenangan dalam peperangan ini!"

Dr Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan Hamas dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya.

Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza.

Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu.

Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh.

Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas.

Kata Dr Omar lagi: "Kita adalah umat yang bersedia untuk menghadapi kematian, manakala orang-orang Yahudi sangat cinta pada kehidupan dunia."

Penduduk Gaza sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Dr Omar juga pada akhir ucapannya secara menegaskan: “Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat”.

"Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah."

Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza.

Dalam majlis yang sama, Ahmed Al-Bashy turut sama mengulas isu yang sedang bergolak di Gaza. Beliau menyatakan bahawa penentangan rakyat terhadap penjajahan Israel sekarang ini adalah di atas nama Islam.

Maka peperangan yang dilancarkan oleh Israel adalah peperangan terhadap Islam. Kenapa sasaran ditujukan kepada Hamas? Kerana Hamas mewakili umat Islam dalam peperangan menghadapi Yahudi di Palestin yang mana peperangan ini akan berkembang ke seluruh umat Arab dan Islam di dunia ini.

Namun beliau meyakini kemenangan tetap datang dengan melihat umat Islam masih mendokong perjuangan rakyat Palestin.

Daripada penerangan ini, jelaslah bahawa peperangan kini telah mengambil di seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita menyaksikan di hadapan mata kita kezaliman dan kebiadaban bangsa Yahudi itu, namun seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukan oleh negara-negara umat Islam.

Sedangkan penduduk Israel sebenarnya tidak melebihi lima juta. Kerana itu terdapat pandangan dari kalangan pemerhati politik yang menyatakan bahawa jika umat Islam ingin memerangi bangsa Yahudi dan melenyapkan negara haram Israel, mereka perlu menghadapi peperangan dengan sekutu-sekutu yang mempertahankan kedudukan musuh.

Mereka adalah para pemimpin negara-negara Arab yang menjadi barua kepada Israel dan Amerika Syarikat. Pada hari ini, pihak yang bertanggungjawab membiarkan sungai darah terus mengalir di Gaza adalah pemerintah Mesir.

Sekiranya mereka membuka pintu sempadan di Rafah, ramai para pejuang akan masuk dari luar sebagaimana para mujahidin pernah memasuki Afghanistan, Bosnia, Chechnya dan rantau lain. Mereka adalah pengkhianat sebenar! Di hadapan Allah kelak mereka tidak akan terlepas!

Figur: Syeikh Hamzah Teguhkan Ikhwan di Jordan

Gerakan Ikhwan Muslimun bukan satu nama baru dalam dunia dakwah dan perjuangan Islam. Ia telah tersebar di seluruh pelosok dunia selepas ditekan oleh kebanyakan pemimpin negara di dunia Islam khususnya di Mesir. Semakin ditekan ia semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Ikhwan mempunyai cawangan di mana-mana hingga dalam negara haram Israel pun ada.

Fokus kali ini mengajak para pembaca mengenali seorang tokoh Ikhwan di Jordan yang terpaksa mengharungi gelombang tribulasi ketika berdepan dengan golongan Sekularisme yang sememangnya mahu melihat Islam terkubur.

Walau bagaimanapun apa sahaja bentuk rintangan yang dihadapi, kerana penguasaan ilmu-ilmu agama yang mantap dan kental, Ikhwan Jordan dapat meneruskan kerja-kerja amal dengan mengajak manusia seluruhnya kepada Islam, termasuklah dalam amalan berpolitik bagi menyatakan kebenaran Islam dalam sidang Dewan Rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Syeikh Hamzah Mansour salah seorang ahli Parlimen Ikhwan Jordan.

Mengenali Syeikh Hamzah

Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.

Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.

Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.

Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.

Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.

Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.

Jawatan dalam Gerakan Ikhwan

Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.

Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.

Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.

Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.
Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.

Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.

Penglibatan dalam bidang ilmu

Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.

Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hokum Syariat Islam dan lain-lain. Buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.

Syeikh Hamzah yang sudah berusi 65 tahun, masih aktif cergas berpolitik di samping menyampaikan kuliah-kuliah agama termasuk pembinaan peribadi dalam program usrah di kalangan anggota Parlimen Ikhwan mahupun di kalangan ahli-ahli biasa, keadaan ini dilihat penting bagi Syeikh Hamzah bagi memastikan generasi anak-anak muda mengetahui kedudukan dan kepentingan berjemaah dalam sebuah masyarakat seperti di Jordan.

Tragedi GAZA Wajar Buka Mata Ummah

Konflik Israel-Palestin merupakan pertikaian berterusan antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah 'penyelesaian dua negara' yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.

Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.

Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.

Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.

Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.

Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza.

Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem (Baitulmaqdis), pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertujuan untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Perancangan jahat Yahudi dibongkar

Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian.

Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga.

Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus usbur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Malboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin.

Apa peranan kita terhadap Yahudi Israel?

Setelah mengetahui apa yang telah didedahkan oleh Dr Garoody itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan tersebut di atas, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin.

Justeru, orang-orang Palestin di kalangan penyokong Hamas dan barisan pemimpin mereka telah mengharamkan umat Islam menghisap rokok, kerana walau satu sen sekalipun keuntungan itu diperolehi daripada orang Islam, maka mereka akan didakwa nanti di akhirat.

Demikian menurut mantan Imam dan Kahtib Masjidul Aqsa, Dr Muhammad as-Siyam dalam kenyataannya berhubung isu Palestin.

Justeru menurut Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin.

10 January 2009

Baling Kasut: Warisan Sunnah Nabi Ibrahim a.s

Dilihatnya sekawan awan mendung bersepah di dada langit. Dan, dengan tiba-tiba datang angin keras yang menyapu awan-awan mendung itu. Angin Disember hari itu telah mula menyatu dengan firman Tuhan.. Lalu, Bush dengan jiwa batinnya yang duka lara merebus tangkai hatinya untuk dibawa berlari.

Mendung di hatinya jauh lebih berat. Bush dengan linangan air matanya, keluh hatinya berbisik, "Sampai hati si dia membaling kasutnya ke arahku."

Tidak kusangka, akan dapat penghinaan sebegini rupa! Dua kali mendapat balingan pulak tu!
Muntazer al-Zaidi!! Namamu sentiasa terpahat di hatiku selalu. Akan kucatat namamu dalam diari gelapku ketika aku menyundal dunia ini dengan kegelapan pemerintahanku, demikian jeritan batin si Bush.

Bush tidak pernah membaca sejarah Islam agaknya. Bush kononnya hanya pernah membaca Islam Hadhari lalu.. dengan tidak semena-mena dia menyokong Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi. Namun, dia belum sempat berguru lebih lanjut dengan Abdullah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dibaling batu.

Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu di Taif ketika menyampaikan usaha dakwah. Kata orang, putih serban dan jubannya ketika berpergian dan mencurah merah darah ketika pulangnya. Demikian penghinaan ke atas sosok besar itu.

Tapi, Bush masih bernasib baik. Pemimpin Arab Iraq yang bodoh ini masih mahu menangkap Muntazer al-Zaidi.

Dalam bidalan pusaka Melayu ada disebutkan juga, baling batu sembunyi tangan. Tapi, dalam kes Muntazer al-Zaidi, beliau telah baling kasut dan masuk ke dalam lokap, lalu terpaksa menantikan hukuman!


Baling batu ke arah iblis adalah sunnah nabi Ibrahim

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

Tindakan wartawan penyiaran Iraq itu (beliau pun mungkin tak sedar) sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.


Bush adalah iblis besar abad ini

Maka.. sikap Muntazer al-Zaidi hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Nabi Daud ketika kecilnya pernah membaling batu kepada Jalut (Goliath) sehingga tumbang musuh Allah itu. Kini, kanak-kanak di Palestin pula membaling batu kepada tentera-tentera Israel. Sekali lagi, ini fitrah, sunnatullah dan sunnah perjuangan orang soleh yang terdahulu daripada kita.

"Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.."
(al-Baqarah: 251)

Mengapakah kita katakan hal membaling batu ini sebahagian daripada fitrah, sunnah dan sunnatullah? Perhatikan dalil-dalil di bawah ini..

"Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?"
(al-Mulk: 16 - 17)

Ada juga kaum yang dibaling batu oleh Tuhan kerana kengkarannya. Ini kerana, mereka melakukan amalan seks bebas dan menjalin hubungan seks sesama jenis, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu.

Lihat pula kepada contoh-contoh nas lain pula berhubung hal membaling, merejam dengan batu yang ada kaitan dengan tindakan wartawan penyiaran Iraq; Muntazer al-Zaidi yang membaling kasutnya ke arah Bush itu.


Nas, dalil baling dan merejam batu

"Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran."
(Asy-Syu'araa': 173)

"Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam."
(al-Qamar: 34)

Lihat pula di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 31 hingga 37 ada disebutkan ceritanya sebagai di bawah ini:

1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"

2. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).

3. "Supaya kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar).

4. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".

5. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.

6. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).

7. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

Ternyata, sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dilempar batu di Taif, moyangnya Nabi Ibrahim pernah diugut dilempar dengan batu dengan sebab baginda enggan menghentikan dakwahnya itu.

"(Azar) menjawab: "Patutkah engkau membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa."
(Maryam: 46)

Lihat pula tekanan yang diterima oleh Nabi Syuaib a.s..

"Mereka berkata: "Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidak kerana kaum keluargamu, tentulah kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukan orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!"
(Hud: 91)

"Tidakkah kau melihat Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia kumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan."
(an-Nur: 43)

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganaiaya diri sendiri."
(al-Ankabut: 40)

"Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan."
(al-A'raff: 84)

Malah, ada pula manusia yang terlalu biadap sehingga mencabar Tuhan agar melemparkan mereka dengan batu..!!

"Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Mekah) berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(al-Anfaal: 32)

"Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu."
(Hud: 82-83)

"Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar."
(al-Hijr: 74)

"Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?"
(al-Israa': 68)

Antara sunnatullah, sikap Allah ke atas kaum yang ingkar adalah Zat Yang Mahu Agung Lagi Perkasa itu akan mengirimkan unggas seperti burung Ababil untuk menjahanamkan pasukan tentera Abrahah.

"Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia (batu itu) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat."
(al-Fiil: 4 - 5)

Latihan membaling kasut kepada Bush di http://www.sockandawe.comApa gunanya hidup ini tanpa latihan berperang. Sesudah letih berceloteh bicara, setelah menekuni nas-nas dan dalil al-Quran di atas, apa kata kita rehatkan diri sebentar sambil bermain suatu permainan yang menyeronokkan.

Silakan membaling kasut anda kepada Bush di laman sesawang berikut dan sebarkan alamat ini kepada rakan-rakan anda..

Lempar kasut anda kepada Bush di http://www.sockandawe.com sebelum tibanya kesempatan anda untuk membaling kasut kepada Bush secara langsung, secara 'live' kelak. Itu pun kalau-kalau Bush berani hadir ke Malaysia!

(Sekadar syor: Mungkin boleh bina patung replika batu Bush atau tiang macam Jamratul Aqabah, Wustha, Sughra di mana-mana untuk memudahkan kita membaling kasut, batu kepadanya sebagai tanda protes!)

Hujan batu dalam pepatah Melayu, sebuah monolog ringkas Bush"Sampainya hati mereka menghina daku dengan batu dan kasut," hatinya langsung berbicara. Perit dan pedih yang mengikat jiwanya masih belum pudar.

Di dalam bidalan kata dan pepatah Melayu ada disebutkan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri."
Tapi, bagi Bush, hujan batu dan hujan kasut sahaja yang akan memberi pengajaran kepadanya di mana-mana juga beliau berada!

Syed Qutb Menolak Konsep Islam Hadhari?

'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb

Maka.. pengarang Syed Qutb kembali menyambung hujahnya..
Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan.

Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja.

Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis.

Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.'

Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.
Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau.
Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.

Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya. Akhirnya, Syed Qutb dengan penuh kejujuran, telah mengaku bahawa beliau sendiri telah terkeliru dengan konsep tamadun.
Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman.

Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.

Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.

Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.

Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun

Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun'.

Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut:
Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.
Wallahu'alam..

Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin.

07 January 2009

Bagaimana Bermulanya Israel Menguasai Palestin?

Ulang Tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.
Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanusiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palestin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.


Adakah Harapan Buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.


Kerdilnya Negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.
Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.


Mula Tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.
Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Peringatan